Its Wednesday, 22nd August 2012....
UPSR Workshop & Motivational Seminar at SJK(T) Sangeeta Sabah, Ipoh.
8.00 -8.45 : Motivational Talk
8.45-9.30 : How to Sucseed in Education
9.30-10.30 : UPSR Workshop
10.30-10.45 : Breakfast
10.45-11.00 : Love Gift
Its was a great joy for me to serve these students. May God bless this students and I trust in Jesus name that these students will get the BEST results in upcoming UPSR examination.
Thursday, August 23, 2012
Wednesday, August 22, 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PANITIA PENDIDIKAN MORAL SMK JATI - PULAU PINANG.
Panitia
Pendidikan Moral SMK Jati telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke negeri
Pulau Pinang pada 30 April 2012 bersamaan dengan hari Isnin pada hari
persekolahan. Kami yang mengikuti lawatan ini telah diminta berkumpul di Dewan
Serbaguna SMK Jati pada pukul 5.45 pagi. Seterusnya, kami diberi taklimat serta
penerangan mengenai perjalanan kami ke Pulau Pinang. Kami juga dibekalkan
dengan sekeping fail yang dilengkapi dengan sebuah buku nota, pen dan jadual
perjalanan ke Pulau Pinang. Kami memulakan perjalanan ke Pulau Pinang tepat
pada pukul 6.15 pagi. Pada pukul 8.15 pagi, kami berhenti di Seberang Perai
untuk minum pagi. Setelah meluangkan masa lebih kurang setengah jam, kami
meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Kami melalui jambatan Pulau Pinang untuk
sampai ke destinasi pertama kami iaitu Universiti Sains Malaysia.
Kami
tiba di Universiti Sains Malaysia pada pukul 9.30 pagi. Sebelum memasuki
Perpustakaan Hamzah Sendut I, kami diminta diam supaya tidak menganggu para penuntut
menelaah pelajaran. Di perpustakaan, kami memasuki sebuah bilik kuliah yang
kecil yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut. Kami diberi pendedahan mengenai
sistem-sistem yang digunakan dalam peminjaman buku-buku di perpustakan tersebut.
Kemudian, kami dibawa untuk melawat sekitar kawasan Perpustakaan Hamzah Sendut
I. Kami juga melawat bilik muzik di mana para penuntut merehatkan minda dengan
muzik sudahpun dibekalkan oleh pihak universiti. Universiti ini juga
membekalkan kemudahan internet yang boleh diakses secara percuma. Seterusnya,
kami melawat Muzium Galeri Tuanku Fauziah pada pukul 11.45 pagi. Setelah melawat
muzium tersebut, kami bertolak ke Jabatan Perikanan Malaysia untuk melawat pusat
akuarium.
Pada
pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di Jabatan Perikanan Malaysia untuk melawat pusat
akuarium. Kami dapat melihat pelbagai jenis ikan yang menarik rupanya. Kami
juga berpeluang untuk memberi makanan
kepada ikan-ikan koi di dalam kolam di luar pusat akuarium. Kami juga sempat
bergambar untuk dijadikan kenangan. Kami kemudian bertolak dari Jabatan
Perikanan Malaysia pada pukul 12.55 tengah hari untuk makan tengah hari.
Kami
dibawa ke Restoran Nasi Kandar Dinas dan Restoran Nasi Kandar Makbul untuk
makan tengah hari. Guru-guru melarang kami untuk makan tengah hari di restoran lain kerana
bimbang akan keselamatan kami. Kami bertolak lambat dari restoran tersebut
kerana terdapat beberapa orang pelajar yang tidak mematuhi masa yang telah
diperuntukkan oleh guru-guru.
Destinasi
kami yang seterusnya ialah Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Para
pelajar berkesempatan untuk menukar baju seragam sekolah mereka kepada baju
T-shirt sekolah. Kami tidak dibenarkan untuk melawat tempat pelepasan kerana
kerja-kerja penambahbaikan lapangan terbang sedang dijalankan. Kemudian, kami
bertolak ke tempat yang amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar.
Pada
pukul 3.00 petang, kami tiba di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Setelah guru kami
berurusan dengan pihak tertentu untuk mendapatkan tiket kereta api, kami
berpeluang untuk menaiki kereta api Bukit Bendera. Kami menaiki dua gerabak
kereta api semasa menaiki bukit tersebut. Di atas Bukit Bendera, kami dapat
melihat pemandangan di sekitar Pulau Pinang. Kami dapat melihat pelbagai bentuk
bangunan yang terdapat di Pulau Pinang yang berbeza rupanya. Gerai-gerai di
sana juga banyak dan mereka menjual pelbagai barangan yang boleh dibawa pulang
sebagai cenderahati yang boleh dibuat kenangan. Kami juga sempat bergambar
untuk dijadikan kenangan. Seterusnya kami berpeluang untuk sembahyang di kuil
yang terdapat di puncak Bukit Bendera. Setelah kami bersembahyang di sana, kami
berjalan pula ke arah gereja yang terletak di sebelah atas. Malangnya, kami
tidak dapat menziarahi gereja tersebut kerana ianya ditutup. Setelah lama
bersiar-siar di puncak Bukit Bendera, kami berkumpul semula untuk menaiki
kereta api. Kali ini, kami menaiki tiga gerabak untuk menuruni Bukit Bendera
supaya kami dan pengunjung yang berkunjung ke sana merasa selesa sepanjang
perjalanan dalam kereta api tersebut.
Kami bertolak dari Bukit Bendera pada pukul 5.45 petang. Kami menaiki feri Pulau Pinang dan bas yang kami naiki pula melalui jambatan untuk sampai di Butterworth. Setelah tiba di Butterworth, kami menaiki bas yang sedia menunggu kami di sana untuk makan malam. Kami tiba di Mc Donalds untuk makan malam pada pukul 8.00 malam. Selepas makan malam, kami bertolak untuk pulang ke Ipoh pada pukul 8.45 malam. Lebih kurang pada pukul 11.00 malam, kami akhirnya tiba di SMK Jati dan pulang ke rumah masing-masing.
Walaupun lawatan ini hanya untuk sehari, kami telah berseronok sepanjang hari kami di Pulau Pinang. Keletihan yang kami alami sungguh kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah kami luangkan bersama rakan-rakan dan guru kami di sana. Kami berharap lawatan sebegini dapat diadakan di masa-masa akan datang bukan sahaja untuk menambah pengetahuan, tetapi juga untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara guru dan pelajar.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Harisha a/p Sannasi (5 Science)
Theviksha a/p Sannasi (3 Amanah)
Tight Schedule since school holiday starts.............
Tight Schedule since school holiday starts.............
Friday, 17th Aug - Thankgiving Prayer SitiawanSaturday, 18th Aug - Wedding Reception @ Ipoh
Sunday, 19th Aug - Church Activities
Monday, 20th Aug - Wedding @ Nibong Tebal
Tuesday, 21st Aug - MYAF Stuff to Completed
Wednesday, 22nd Aug - UPSR Tutorial & Motivational Program in SJK Sanggeta Sabah
Thursday, 23rd Aug - ITS MY FREE DAY !!!
Friday, 24th Aug - Off to Kulim
Sat, 25th Aug - MYAF Perak Dist. AGM, Banana Leaf Dinner
Sunday, 26th Aug - Church Activities
Mon., 27th Aug - OMG !!!!!! School holiday is OVER !!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)